Friday, March 12, 2010


JALUR LEBAR MENRUBAH HIDUPKU...Jalur lebarmemang banyak kegunaan dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar.Sehinggakan apabila saya mengenali jalur lebar,ia mengubah hidup saya yang sebelum ini seorang pelajar yang pasif menjadi seorang yang aktif.Apa tidaknya, melalui internet menggunakan jalur lebar ini saya bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah antara rakan-rakan saya dan dapat menambahkan kenalan saya serta saya dapat menjimatkan masa seperti kata pepatah arab waktu itu seperti pedang jika kamu tidak memotongnya ia akan memotong kamu.Penggunaan jalur lebar juga membolehkan saya menggunakan masa yang ada dengan effisient.
Selain itu,saya sering menggunakan jalur lebar melalui CELCOM, kerana harganya yang berpatutan. Melalui jalur lebar ini juga saya dapat mendapatkan maklumat tentang kertas kerja yang diberi oleh guru dengan cepat dan tepat dengan menggunakan kemudahan jalur lebar.Selain itu juga sebelum saya menggunakan jalur lebar saya mendapatkan kemudahan internet melalui telefon,kesannya masa yang diambil untuk mendapatkan internet agak lama dan banyak masa saya terbuang begitu sahaja.Jadi saya bercadang untuk menggunakan jalur lebar setelah mengetahui pelbagai kelebihannya.
Melalui jalur lebar juga,saya dapat melayari laman web kegemaran saya seperti friendster,facebook,Malakat 92 serta saya dapat menggunakan yahoo mesengger untuk berkomunikasi dengan rakan saya dengan pantas dengan kosnya yang berpatutan berbanding dengan menggunakan telefon bimbit.
Jalur lebar ini juga mudah dibawa ke mana sahaja dan boleh digunakan bila-bila masa.Tambahan pula, saya seorang yang suka membaca novel,jadi mudahlah bagi saya untuk mengetahui novel terbaru melalui internet dengan menggunakan jalur lebar tanpa wayar.
Dengan terciptanya jalur lebar saya boleh manfaatkan dengan sebaik mungkin.Sebagai salah satu peminat cerita Korea,saya boleh menonton episod yang terlepas di televisyen dalam Youtube hanya menggunakan jalur lebar tanpa wayar.










0 comments:
Post a Comment