Pages

Photobucket
Islamic Testi - Directory for islamic testimonial and greeting

Datos personales

Followers

Sample widget

Photobucket

Widget Sample

Photobucket

test Widget

Photobucket

ShoutMix chat widget
Friday, March 12, 2010
JALUR LEBAR....


kau telah mengajarku,

tentang internet,

laman web,

dan pelbagai lagi.

jalur lebar,

daripadamu kutahu,

tentang blog,

dan aku,

dapat menambah,

bilangan rakanku.

jalur lebar,

daripadamu juga,

aku dapat,

banyak pengetahuan,

yang selama ini,

aku tidak tahu.

terima kasih jalur lebar,

atas jasamu itu.
Siapa yang tidak teruja untuk sentiasa dapat berhubung dengan internet sepanjang masa dan di mana-mana,seterusnya menikmati pengalaman jalur lebar itu dengan harga yang berpatutan?Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar seperti jalur lebar Celcom,Maxis,dan sebagainya.


Melalui jalur lebar juga,pengalaman melayari internet berlangsung dengan kepantasan sehingga 1.0 mengabait sesaat atau dalam perbandingan mudah dengan kemampuan menonton video klip di laman Youtube tanpa tersekat-sekat.
DEFINISI....
Jalur lebar atau dalam bahasa inggerisnya broadband adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. ia amat berbeza dengan jalur sempit atau narrowband.Kedua-dua istilah ini merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk kegunaan komunikasi.

Banyak kelebihan atau faedah kita menggunakan jalur lebar berbanding dengan internet melalui telefon di rumah, antaranya dengan menggunakan jalur lebar kita tidak perlu menunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata hendak membuka e-mel apatah lagi hendak memuat turun bahan.Dengan menggunakan jalur lebar membolehkan kita untuk menghantar maklumat atau menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan debgan modem berkeupayaan 56kps.

Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian internet jalur lebar,di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon iaitu 56 kbit/s.Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi.



JALUR LEBAR MENRUBAH HIDUPKU...

Jalur lebarmemang banyak kegunaan dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar.Sehinggakan apabila saya mengenali jalur lebar,ia mengubah hidup saya yang sebelum ini seorang pelajar yang pasif menjadi seorang yang aktif.Apa tidaknya, melalui internet menggunakan jalur lebar ini saya bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah antara rakan-rakan saya dan dapat menambahkan kenalan saya serta saya dapat menjimatkan masa seperti kata pepatah arab waktu itu seperti pedang jika kamu tidak memotongnya ia akan memotong kamu.Penggunaan jalur lebar juga membolehkan saya menggunakan masa yang ada dengan effisient.

Selain itu,saya sering menggunakan jalur lebar melalui CELCOM, kerana harganya yang berpatutan. Melalui jalur lebar ini juga saya dapat mendapatkan maklumat tentang kertas kerja yang diberi oleh guru dengan cepat dan tepat dengan menggunakan kemudahan jalur lebar.Selain itu juga sebelum saya menggunakan jalur lebar saya mendapatkan kemudahan internet melalui telefon,kesannya masa yang diambil untuk mendapatkan internet agak lama dan banyak masa saya terbuang begitu sahaja.Jadi saya bercadang untuk menggunakan jalur lebar setelah mengetahui pelbagai kelebihannya.



Melalui jalur lebar juga,saya dapat melayari laman web kegemaran saya seperti friendster,facebook,Malakat 92 serta saya dapat menggunakan yahoo mesengger untuk berkomunikasi dengan rakan saya dengan pantas dengan kosnya yang berpatutan berbanding dengan menggunakan telefon bimbit.

Jalur lebar ini juga mudah dibawa ke mana sahaja dan boleh digunakan bila-bila masa.Tambahan pula, saya seorang yang suka membaca novel,jadi mudahlah bagi saya untuk mengetahui novel terbaru melalui internet dengan menggunakan jalur lebar tanpa wayar.

Dengan terciptanya jalur lebar saya boleh manfaatkan dengan sebaik mungkin.Sebagai salah satu peminat cerita Korea,saya boleh menonton episod yang terlepas di televisyen dalam Youtube hanya menggunakan jalur lebar tanpa wayar.